Pengenalan Ringkas iGems

Konsep Program iGems

Pemberian Insentif RM300

Nilai insentif : RM300.00 seorang (salah seorang suami atau isteri ATAU kedua-dua suami dan isteri - tertakluk kepada yang menepati Syarat Layak Program iGems)

Pemberian melalui Baucer Cenderahati Premium (BCP) bernilai RM300.00 dan diserahkan kepada penerima pada hari kursus. *Penerima perlu hadir ke bank BSN untuk menukarkan BCP dalam bentuk Sijil Simpanan Premium dan boleh ditunaikan selepas 45 hari berkerja atau boleh disimpan sahaja.

Pemberian insentif ini akan diberikan setelah tamat kursus

Insentif diberikan sebagai tanda penghargaan dan komitmen belia hadir kursus disamping menggalakkan belia menyimpan

Kursus kekeluargaan yang mewajibkan kehadiran kedua-dua pasangan

Kursus kekeluargaan selama setengah hari dan kos kursus dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor

Pelaksanaan Kursus Kekeluargaan

Kehadiran ke kursus secara pasangan adalah diwajibkan.

Kursus ini dilaksanakan selama setengah hari.